arena

Penyudah Brazil legakan Tite

Oleh AFP

JURULATIH Brazil, Tite memuji keberkesanan pasukannya ketika tuan rumah Copa America itu layak ke suku akhir sebagai juara Kumpulan A selepas membenam Peru 5-0, awal pagi tadi.

Brazil dicemuh dan diejek penyokong mereka sendiri pada dua perlawanan pertama kumpulan – menang 3-0 ke atas Bolivia dan seri 0-0 dengan Venezuela – namun semuanya bersorak di Sao Paulo ketika mereka memastikan muncul juara kumpulan.

“Kami kreatif, tepat, klinikal dan efektif,” tegas Tite.

“Ia satu daripada perlawanan terbaik kendalian saya dari segi pegangan bola dan melakukan serangan,” katanya.

Beliau mengakui permulaan pantas Selecao menjadi perbezaan apabila mereka mendahului seawal minit ke-12 menerusi Casemiro.

“Oleh kerana kami menjaringkan gol pada babak pertama, kami perlu mengekalkan tempo itu,” katanya.

“Kami mengekalkan sikap sama dan masih mencipta peluang pada minit ke-47 separuh masa kedua.”

Perlawanan itu bagaikan berakhir ketika rehat selepas gol Roberto Firmino dan Everton. Dani Alves dan Willian menambah gol pada babak kedua.

Disiarkan pada: June 23, 2019 @ 12:22pm
d