arena

Maguire bergaji RM1.4j seminggu di City

Oleh Agensi

HARRY Maguire semakin hampir mengesahkan rekod perpindahan dunia sebanyak £80 juta (RM422j) untuk menyertai Manchester City selepas menolak tawaran Manchester United, menurut laporan akhbar tabloid Britain.

Pemain pertahanan Leicester itu dilaporkan sudah bersetuju dengan kontrak yang menyaksikannya akan menerima gaji sebanyak £280,000 (RM1.4j) seminggu di Stadium Etihad.

Perpindahan yang dijangka itu bermakna Maguire akan mengatasi rekod pemain pertahanan termahal di dunia dipegang oleh pemain Liverpool dari Belanda, Virgin van Dijk.

Maguire menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Leicester pada September lalu.

Sekalipun tiada paksaan untuk rundingan, dia mengakui syarat kontrak ditawarkan oleh City sukar untuk ditolak.

Pilihan Maguire itu menjadi tamparan hebat kepada pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang mahu membentuk semula pasukan Manchester United selepas meletak sasaran dalam senarai utama untuk mendapatkan pemain pertahanan England itu.

Bagi Manchester City, usaha mendapatkan khidmat Maguire berbaloi selepas kelab itu juga akan membawa pemain Atletico, Rodri pada harga £62j (RM327j) untuk menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 5:34pm
d