arena

Ashleigh tarik diri di Eastbourne

Oleh Reuters

PEMAIN nombor satu dunia yang baru dinobatkan Ashleigh Barty berhadapan kecederaan di Wimbledon dan terpaksa menarik diri pada kejohanan gelanggang rumput Eastbourne minggu ini.

Ashleigh, 23, yang menjadi pemain wanita nombor satu Australia mengecapi kedudukan teratas ranking WTA dalam tempoh 43 tahun semalam susulan kejayaan memenangi Birmingham Classic, sebelum mengalami kecederaan tangan.

“Ia adalah kecederaan yang terpaksa saya tanggung sejak berusia 16 tahun lagi,” kata Ashleigh kepada wartawan di Devonshire Park.

“Ia berlaku apabila saya membuat pukulan balas yang sukar, ia membabitkan ketegangan otot dan saya perlu memeriksa keadaan itu.”

Ashleigh, yang memenangi Terbuka Perancis awal bulan ini dan beraksi cemerlang dengan mencatat kemenangan dalam 12 perlawanan berturut-turut berkata, dia optimis akan bersedia apabila tiba masanya untuk Wimbledon di mana dia akan menjadi pemain pilihan utama dan pemain pilihan ramai.

“Saya berasakan keadaan akan pulih namun saya perlu memastikan kami menguruskannya dengan cara yang betul untuk tempoh tiga atau empat hari dan memastikan saya akan bersedia untuk beraksi pada minggu seterusnya,” katanya.

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 9:22pm
d