arena

Red Devils setuju beli Wan-Bissaka RM262.76 juta

Oleh Reuters

MANCHESTER United mencapai persetujuan dengan Crystal Palace untuk menandatangani pertahanan kanan, Aaron Wan-Bissaka, 21, dengan kontrak jangka panjang, menurut BBC hari ini.

Laporan menyebut perjanjian bernilai £50 juta (RM262.76 juta) dengan gaji sehingga £80,000 (RM420,000) seminggu dan dia dijangka hadir ke Old Trafford untuk menjalani ujian perubatan.

Pemain skuad Bawah 21 England itu yang mempunyai baki kontrak tiga tahun tampil dalam 42 aksi Liga Perdana ketika membantu Palace menduduki tempat ke-12 musim lalu.

Wan-Bissaka bakal menjadi pemain baharu kedua di Old Trafford dalam usaha pengurus, Ole Gunnar Solskjaer memperkasakan pasukan selepas hanya menduduki tempat keenam dalam liga.

Mereka telah pun menandatangani pemain Swansea City dan Wales, Daniel James, 21, dengan harga £15 juta (RM79 juta) pada awal bulan ini.

Disiarkan pada: June 26, 2019 @ 8:26pm
d