arena

Forest pecat O'Neill, Lamouchi pengganti

Oleh Reuters

NOTTINGHAM Forest memecat pengurus Martin O'Neill selepas lima bulan bertugas dan menggantikannya dengan bekas boss kelab Stade Rennes, Sabri Lamouchi kata kelab liga kejuaraan itu.

O'Neill, yang mengambil alih pada Januari dan memacu Forest ke kedudukan kesembilan dalam liga kelas dua Inggeris, meninggalkan kelab tidak sampai seminggu selepas pembantu jurulatih, Roy Keane meninggalkan kelab itu.

“Nottingham Forest mengesahkan pengurus Martin O'Neill telah meninggalkan kelab," menurut kenyataan Forest.

Kelab itu berkata, bekas pemain kebangsaan Perancis, Lamouchi berusia 47 tahun, yang membawa Rennes keluar daripada zon penyingkiran seterusnya menyertai kelayakan Liga Europa pada musim 2017-18, akan mengambil alih.

“Forest sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Sabri Lamouchi telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru kelab ini... warga Perancis itu akan dibantu oleh enam staf baru yang akan membantu skuad utama,” kata kenyataan itu menerusi laman rasmi kelab berkenaan.

Lamouchi mempunyai banyak pengalaman dalam tugasnya antaranya membawa Ivory Coast pada Piala Dunia 2014 sebagai pasukan ranking teratas dari Afrika dan membawa pasukan itu mara ke suku akhir Piala Negara Afrika 2013.

Dia juga memenangi Piala Qatar dan melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika bersama pasukan El Jaish SC.

Lamouchi pernah beraksi bersama kelab AS Monaco, Parma, Inter Milan dan Olympique Marseille termasuk membuat 12 penampilan untuk Perancis.

Disiarkan pada: June 28, 2019 @ 9:59pm
d