arena

Penalti Sanchez 'selamatkan' Chile

Oleh Reuters

JUARA bertahan Chile mara ke separuh akhir Copa America hari ini selepas menewaskan Colombia 5-4 menerusi penentuan penalti selepas seri tanpa jaringan di Corinthians.

Alexis Sanchez memastikan penalti kemenangan selepas sepakan penalti William Tesillo, yang terakhir buat Colombia tersasar.

Chile akan menentang sama ada Uruguay atau Peru dalam aksi separuh akhir di Porto Alegre Khamis ini.

Satu lagi perlawanan membabitkan Brazil dan Argentina.

Chile pernah menewaskan Argentina dua kali dalam final kejohanan sama menerusi penentuan penalti dan langsung tidak memberi peluang kepada penjaga gol Colombia David Ospina hari ini.

“Saya fikir kami mempunyai peluang ketika perlawanan,” kata pemain tengah Chile Charles Aranguiz.

“Kami gagal memanfaatkannya dan perlu merebutnya ketika penalti.

“Pasukan kami menunjukkan keyakinan ketika penalti, kami menang dua perlawanan akhir menerusi penalti jadi ia memberi kami tenaga.”

Sepak mula di Corinthians tertangguh 20 minit selepas jurulatih Chile terperangkap dalam kesesakan lalulinta Sao Paolo, menyebabkan lebih daripada 40,000 penyokong ternanti-nanti.

Suasana tegang dirasai dalam perlawanan yang menyaksikan 35 kekasaran namun ia tidak menjejaskan kualiti permainan apabila kedua-dua pasukan saling mencipta peluang.

Disiarkan pada: June 29, 2019 @ 11:36am
d