arena

Puji Salah, kecam Aguirre

Oleh AFP

LEGENDA Mesir Wael Gomaa memuji bintang handalan Mohamed Salah dan mengkritik jurulatih Javier Aguirre sebelum tuan rumah Piala Negara Afrika itu menentang Uganda dalam aksi Kumpulan A pada Ahad.

“Kami bergantung kepada Salah dan Trezeguet (Mahmoud Hassan) di bahagian serangan, kesungguhan pemain tengah Tarek Hamed dan pertahanan bijak Ahmed Hegazy," kata penganalisis beIN Sports itu.

“Kami tiada taktik atau strategi. Aguirre sungguh teruk dengan pemilihan barisan pemain dan pemain gantian,” kata bekas bek tengah Mesir dan Al Ahly yang bersara lima tahun lalu.

Mesir, juara tujuh kali kejohanan itu dan Nigeria hampir pasti melangkah ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Malah Mesir dijangka mengekalkan rekod bersih dan kekal di tangga teratas kumpulan di Kaherah.

Aguirre, jurulatih kelahiran Mexico tertanya-tanya dengan kehilangan tempo pada separuh masa kedua ketika tewas kepada Congo dan dijangka membuat pertukaran.

“Ramai pemain kelihatan letih ketika menentang Congo dan perlukan rehat, jadi saya mempertimbangkan untuk membawa masuk muka baharu menentang Uganda.”

Uganda berda di tangga kedua dan dijangka mara ke peringkat kalah mati Piala Negara Afrika buat kali pertama sejak 1978, tidak kira apa pun keputusannya.

Disiarkan pada: June 29, 2019 @ 1:21pm
d