arena

Vinales tewaskan Marquez pada GP Belanda

Oleh Reuters

PELUMBA MotoGP dari Sepanyol, Maverick Vinales muncul juara Grand Prix Belanda (Dutch TT) di litar Assen, hari ini.

Ia adalah kemenangan pertama Yamaha tahun ini manakala juara dunia menunggang Honda, Marc Marquez menamatkan saingan di tempat kedua untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu MotoGP kepada 44 mata.

Pelumba muda (rookie) Perancis, Fabio Quartararo yang berlepas daripada petak utama untuk kali kedua berturut-turut, berada di tempat ketiga untuk pasukan Petronas Yamaha.

Marquez kini mengumpul 160 mata diikuti pelumba Itali Andrea Dovizioso dengan 116 yang tiba di garis penamat di tempat keempat untuk Ducati di litar itu, selepas berakhir lapan daripada 19 perlumbaan.

Pelumba legenda Itali, Valentino Rossi yang juga rakan sepasukan Vinales, terkeluar daripada saingan selepas empat pusingan di litar itu.

Disiarkan pada: June 30, 2019 @ 10:27pm
d