arena

'Liga Super Eropah akan bunuh liga...'

Oleh Agensi

PEP Guardiola memberi amaran saingan liga-liga di benua Eropah akan lenyap sekiranya pemilik tamak memaksa pelaksanaan Liga Super Eropah.

Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge dikatakan menjadi watak utama terhadap bidaan dibuat tahun lalu untuk mewujudkan pertandingan baru yang hanya menampilkan kelab terbesar di Eropah.

Gergasi Jerman itu menafikan sebarang pembabitan tetapi khabar angin tersebar menyatakan pemilik kelab mahukan pertandingan hanya untuk elit dengan memberi sasaran keuntungan kepada mereka.

Guardiola selaku bos Manchester City berkata pegawai yang lapar kuasa terbabit akan mewujudkan kesan akibat yang teruk.

Pengurus dari Sepanyol itu mengatakan bolasepak Inggeris akan memberi reaksi untuk mencabar terhadap sebarang cubaan untuk menukar wajah permainan itu selama-lamanya.

Dalam satu temu ramah bersama akhbar Catalan Ara, Guardiola berkata: "Saya banyak tidak bersetuju dengan idea itu. Seseorang perlu menjelaskan kepada saya kenapa ia dikatakan idea yang bagus.

"Jika ia berlaku, kita akan membunuh liga-liga sedia ada.

"Jika Barca dan Madrid pergi, mereka tidak menentang Espanyol, siapa akan mengikuti liga? Liga Sepanyol akan mati.

"Di England, mereka sangat bijak, saingan untuk divisyen empat penuh. England tidak akan membenarkan asas bolasepak tempatan berkubur.

"Sebahagian perkara hebat dalam Liga Juara-Juara (UCL) tidak berlaku setiap Ahad”.

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 2:11pm
d