arena

Inter sah ikat Godin

Oleh Reuters

INTER Milan mengesahkan kelab berkenaan sudah menandatangani bekas pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin dengan perjanjian selama tiga tahun.

Pemain berusia 33 tahun berkata pada Mei lalu dia kemungkinan meninggalkan kelab Sepanyol itu selepas sembilan tahun apabila kontraknya tamat pada Jun.

“Inter Milan mengumumkan kontrak penjanjian sudah dipersetujui dengan Diego Godin sah sehingga 30 Jun 2022,” kata kelab itu.

Pemain Uruguay, yang menyertai Atletico dari Villarreal pada 2010, beraksi 389 kali untuk kelab itu dan dikenali menerusi sumbangannya ketika memenangi kejuaraan La Liga pertama dalam tempoh 18 tahun menerusi tandukan ketika seri 1-1 di Barcelona pada 2014.

Godin turut memenangi dua kejuaraan Liga Europa, Piala Raja Sepanyol, Piala Super Sepanyol dan tiga Piala Super UEFA bersama Atletico termasuk mara ke final Liga Juara-Juara pada 2014 dan 2016, dimana mereka tewas kedua-dua perlawanan kepada Real Madrid.

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 4:51pm
d