arena

Selamat tinggal Liverpool - Moreno

Oleh Reuters

ALBERTO Moreno mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool selepas lima tahun bersama kelab itu.

Pertahanan kiri berusia 26 tahun dari Sepanyol itu melakukan 141 penampilan dan menjaringkan tiga gol bersama The Reds selepas menyertai Sevilla pada musim panas 2014.

"Kehidupan berpusing seperti roda dan saat saya bersama Liverpool FC kini tiba penghujungnya,” katanya dalam Twitter.

"Terima kasih menjadikan saya pemain bola sepak yang lebih bagus dan lebih penting manusia lebih baik. Akhir sekali terima kasih tidak terhingga dan sangat istimewa kepada penyokong pasukan yang mengagumkan dan kerap menyokong saya.”

Moreno dilaporkan kembali ke Sepanyol dan menyertai Villarreal musim depan.

Disiarkan pada: July 2, 2019 @ 12:51pm
d