arena

Brazil buat Messi kempunan lagi

Oleh Agensi

GABRIEL Jesus dan Roberto Firmino memastikan Brazil mara ke final Copa America pada 7 Julai ini selepas menewaskan Argentina 2-0 dalam aksi separuh akhir di Belo Horizonte, sebentar tadi.

Kekalahan itu bermakna Lionel Messi terus kempunan trofi antrabangsa walaupun beraksi dalam tiga final bersama skuad La Albiceleste.

Brazil yang menjuarai Copa America setiap kali kejohanan dianjurkan di tempat sendiri menembusi gawang lawan selepas Jesus yang tidak dikawal mudah menolak bola ke gawang selepas mendapat hantaran rendah Firmino pada minit ke-19.

Sergio Aguero hampir menyamakan kedudukan buat Argentina namun bola tandukannya yang diluar jangkauan penjaga gol Brazil, Alisson terkena palang.

Argentina kembali bangkit pada babak kedua dengan serangan lebih bertenaga dan hampir mengikat kedudukan pada minit ke-66 namun Alisson menjadi penghalang.

Brazil mengesahkan kemenangan apabila Jesus memperdayakan beberapa pertahanan lawan menerusi larian kencang menghantar bola kepada Firmino yang mudah menewaskan penjaga gol lawan, Franco Armani untuk gol kedua tuan rumah.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 10:56am
d