arena

Lacazette bakal pengganti Griezmann?

Oleh Agensi

ATLETICO Madrid berminat mendapatkan penyerang Arsenal dan Perancis, Alexandre Lacazette bagi menggantikan Antoine Griezmann, menurut akhbar Mirror.

Ketika Arsenal mahu memperkuatkan jentera serangan pada musim panas ini, mereka juga bergelut mengekalkan dua penyerang, Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang yang menarik minat beberapa kelab besar.

Arsenal gagal layak ke Liga Juara-Juara musim lalu selepas hanya sekali menang dalam lima aksi terakhir Liga Perdana dan ia boleh menjadi antara punca kedua-dua pemain itu sedia meninggalkan Emirates jika mendapat tawaran terbaik.

Pengurus Atletico, Diego Simeone kini mencari pengganti Griezmann selepas pemain berusia 27 tahun itu berpindah ke Barcelona.

Lacazette menjaringkan 18 gol dalam aksi liga dan Liga Europa musim lalu selain lapan bantuan gol.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 12:10pm
d