arena

Tiga calon rebut Presiden KAFA

Oleh Attirmidzie Rahman

TIGA calon bakal bersaing merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) selepas bekas Tan Sri Annuar Musa menarik diri pada pemilihan yang dijadualkan 6 Julai ini.

Setiausaha Eksekutif KAFA, Arif Hassan berkata, tiga calon yang mengesahkan bertanding adalah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Katanya, senarai akhir diketahui selepas jam 12 tengahari Selasa (semalam) iaitu tarikh akhir pengesahan daripada calon sama ada menerima pencalonan untuk bertanding atau pun menolaknya.

“Kesemua calon mengesahkan pencalonan pada hari Selasa (semalam) di Wisma KAFA.

“Sehingga semalam, tiga calon mengesahkan untuk bertanding kerusi presiden KAFA setelah dicalonkan oleh Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ),” katanya di sini, hari ini.

Mengulas calon jawatan Timbalan Presiden KAFA, tiga calon bakal bersaing iaitu, Mohammad Yusri Ismail, Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang), dan Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi.

Selain jawatan Timbalan Presiden, enam nama turut mengesahkan untuk merebut jawatan Naib Presiden dan EXCO membabitkan 27 calon,” katanya.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 6:54pm
d