arena

Peru mara ke final Copa America [METROTV]

Oleh Reuters

PERU akan menentang Brazil pada final Copa America selepas mengejutkan juara bertahan Chile 3-0 sebentar tadi.

Peru mendahului selepas 20 minit perlawanan menerusi Edison Flores yang mendapat hantaran daripada sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan untuk gol pertama.

Yoshimar Yotun melebarkan kedudukan 17 minit kemudian selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Gabriel Arias dan kapten Paolo Guerrero mengesahkan kemenangan pada masa kecederaan.

Penjaga gol Peru, Pedro Gallese menyelamatkan sepakan penalti Eduardo Vargas sejurus sebelum tamat perlawanan.

Peru yang kali terakhir menjuarai Copa America pada 1975 akan menentang Brazil di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Ahad ini.

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 10:54am
d