arena

Gatlin tak gentar cabaran pelari muda

Oleh Reuters

JUSTIN Gatlin menegaskan dia tidak akan mudah menyerah kalah dalam misi mempertahankan kejuaraan dunia acara 100 meter di sebalik kemunculan beberapa atlet pecut muda.

Pelari veteran berusia 37 tahun dari Amerika Syarikat itu berkata, dia tekad memburu gelaran dunia ketiga di Doha pada September depan selepas mencatat 9.87 saat pada kejohanan Prefontaine Classic.

Gatlin menduduki tempat kedua di belakang rakan senegara, Christian Coleman yang mencatat 9.81 saat yang juga masa terbaik tahun ini.

Tiada atlet berusia 35 tahun atau lebih yang mencatat masa sepantas itu dalam acara 100 meter.

"Saya tak pernah berhenti memikirkan usia saya. Saya hanya mendengar badan saya yang boleh memberitahu sama ada saya boleh atau tidak," kata Gatlin.

Bagaimanapun, juara dunia dua kali itu mengakui di luar kebiasaan berlari sepantas itu pada peringkat usianya.

"Selalunya yang muda lebih laju,” kata juara Olimpik itu. “Tetapi saya tidak akan membiarkan umur menjejaskan kemampuan saya.”

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 12:33pm
d