arena

PKNP bukan lawan mudah

Oleh Izzali Ismail

KEDAH menganggap pertemuan menentang PKNP FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok, sebagai tugasan sukar.

Ketua Jurulatih skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak berkata walaupun skuadnya beraksi di laman sendiri, pemain tidak boleh memandang mudah saingan mencari tiga mata.

“PKNP FC yang berada pada zon penyingkiran pasti mahu mencari mata penting.

Mereka bukan pasukan yang mudah kerana mereka mampu memberi cabaran.

"PKNP memerlukan mata untuk keluar dari kedudukan sekarang. Dalam perlawanan 90 minit apa-apa pun boleh berlaku dan boleh tercicir mata.

"Hasrat kami adalah meneruskan momentum kemenangan dalam Liga Super yang kini disaingi oleh Selangor dan Pahang pada masa ini,” katanya.

Kedah, yang mara ke final FA musim ini, kini menduduki tangga ketiga dalam carta Liga Super dibawah Pahang dengan mengumpul 29 mata dengan lapan kemenangan, lima seri dan lima kali tewas.

Disiarkan pada: July 4, 2019 @ 2:20pm
d