arena

Kalaulah Arsenal dapat Marcelo

Oleh Agensi

ARSENAL kini bersaing untuk menandatangani Marcelo selepas pemain bek kiri Brazil itu meminta untuk meninggalkan Real Madrid, menurut laporan di Sepanyol.

Pemain berusia 31 tahun itu yang menghabiskan masa selama 13 musim di Madrid.

Dia menjulang empat gelaran juara La Liga dan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) sebanyak empat kali.

Bagaimanapun tempatnya dalam skuad Zinedine Zidane kini terancam selepas Madrid melengkapkan perpindahan pemain pertahanan kiri Perancis, Ferland Mendy dengan harga £47 juta (RM244j) dari Lyon, baru-baru ini.

Menurut laporan Sport, Marcelo mahu meninggalkan Madrid pada musim panas ini selepas mendapat beberapa tawaran dan wakilnya kini mengadakan rundingan dengan presiden kelab Sepanyol itu, Florentino Perez.

Laporan mendakwa Arsenal berada dalam kalangan pasukan yang menyatakan minat untuk mendapatkan Marcelo tetapi tidak mudah buat Gunners disebabkan persaingan sengit perlu dihadapi.

Paris Saint-Germain, Juventus dan AC Milan turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan Marcelo sedang menimbangkan tawaran setiap kelab terbabit.

Disiarkan pada: July 5, 2019 @ 4:22pm
d