arena

Mayweather tayang wang tunai RM8.2 juta [VIDEO]

Oleh Agensi/Instagram

PENINJU handalan, Floyd Mayweather membalas kritikan pihak kurang senang dengan kemewahannya apabila memuat naik video dirinya bersama wang tunai sebanyak USD2 juta (RM8.2j) di media sosial.

Mayweather yang mendapat jolokan 'Money Man' di gelanggang tinju sepanjang kariernya, masih belum tewas dalam 50 pertarungan kompetitif.

Dia mengambil keputusan untuk menunjuk-nunjuk nota wang tunai USD100 disusun di atas meja bersamaan £1.4 juta (RM7.2j) yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi video ‘menunjuknya’, dia turut menayangkan beberapa utas rantai emas di lehernya, jam tangan edisi terhad Arnold Schwarzengger yang berharga £52,702 (RM274,000) dan beg Chanel ditempah khas yang paling besar pernah berada dalam pasaran.

Dia turut menyertakan timbunan nota USD$20 yang didakwanya bernilai sekitar USD$200,000 (RM827,000).

Mayweather menulis keterangan pada fotonya itu: “Ini adalah apa yang saya dengar sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam arena tinju.

"Mayweather selalu bercakap besar mengenai kereta mahalnya, perhiasannya, kediaman mewahnya, teman wanitanya, pakaiannya dan wangnya”.

Mayweather kemudian membalas semula kata-kata itu: “Saya gembira awak semua menghabiskan masa selama lebih dua dekad membenci saya berbanding membina legasi sendiri.”

Keterangan peninju terbabit pada video itu pula berbunyi: “Saya pernah diberitahu ‘orang paling bising adalah orang paling lemah’.

Disiarkan pada: July 5, 2019 @ 7:20pm
d