arena

England buru ketiga terbaik

Oleh Agensi

KETUA jurulatih England, Phil Neville berkata pasukannya mahu memenangi gangsa dan mengakhiri kejohanan bola sepak Piala Dunia Wanita 2019 di kedudukan terbaik walaupun masih ‘kecewa’ selepas kekalahan di peringkat separuh akhir.

Selepas tewas kepada juara bertahan Amerika Syarikat (AS) 1-2 dalam saingan empat terakhir, England berdepan Sweden untuk penentuan tempat ketiga dan keempat malam ini. Sweden tewas kepada Belanda, 0-1 dalam aksi separuh akhir.

The Lionesses mahu melakar pencapaian terbaik sama seperti ketika menduduki tempat ketiga Piala Dunia di Kanada pada 2015.

“Kami mahu pulang dengan sesuatu untuk membuktikan semua kerja keras yang kami lakukan.” kata Neville.

“Saya mahu meluangkan waktu cuti, dalam keadaan tenang menamatkan kejohanan dengan baik dan tidak tewas dalam dua perlawanan terakhir.”

“Ramai orang yang memberitahu kami mengenai inspirasi. Namun saya fikir inspirasi yang paling utama adalah memenangi emas.

“Kami akan terus mencubanya lagi. Kami sudah mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi untuk mencatat kemenangan nanti. Pemain sedar mereka perlu melakukan sesuatu.

“Kami kecewa kerana tewas pada separuh akhir, kami semua kecewa apabila ramai melihat aksi kami di tempat ketiga dan keempat. Ia bukan bermakna kami tidak menghormati keputusan, ia adalah kebenaran dan amat menyakitkan.

Neville berkata dia akan membariskan pasukan terkuat untuk berdepan pemenang pingat Perak Sukan Olimpik, Sweden namun dia terpaksa membuat beberapa pertukaran selepas pemain pertahanan Millie Bright digantung perlawanan.

Bos England itu mengesahkan penyerang Karen Carney akan beraksi, dalam perlawanan terakhirnya itu dan kap ke 144 selepas mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada Jumaat.

Disiarkan pada: July 6, 2019 @ 6:23pm
d