arena

Atletico ikat Morata

Oleh AFP

PENYERANG Chelsea Alvaro Morata akan menyertai Atletico Madrid sebagai pemain tetap selepas tamat tempoh pinjaman selama 18 bulan umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu sudah berada di kelab Sepanyol itu sejak Januari dan menjaringkan enam gol dalam 17 perlawanan.

Pemain kebangsaan Sepanyol yang mencatat rekod perpindahan ketika menyertai Chelsea dari Real Madrid sekitar £60 juta (RM311 juta) dengan kontrak lima tahun pada Julai 2017 dan menjaringkan 24 gol dalam 72 penampilan bersama The Blues.

Walaupun menjaringkan gol ketika penampilan pertama di Liga Perdana Inggeris, bekas pemain Real Madrid itu gagal meneruskan aksi cemerlang di England berikutan mengalami kecederaan dan aksi yang tidak konsisten sehingga sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Dia terpaksa berkongsi tugas di bahagian serangan bersama Olivier Giroud apabila pemain kebangsaan Perancis itu tiba pada Januari 2018 dan jurulatih Maurizio Sarri lebih gemar memilih Eden Hazard sebagai penyerang tengah menyebabkannya sukar mendapat tempat dalam pasukan.

“Kami berterima kasih kepada Alvaro diatas sumbangannya dan kami mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya,” menurut kenyataan Chelsea.

Disiarkan pada: July 6, 2019 @ 8:59pm
d