arena

Loftus-Cheek sambung kontrak lima tahun lagi

Oleh AFP

PEMAIN tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek menandatangani kontrak sambungan lima tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 23 tahun itu memberi impak yang besar kepada pasukan The Blues ketika musim pertama selain menjadi pemain pilihan Chelsea dan boss baru mereka Frank Lampard dijangka merancang memberi peranan penting kepada pemain itu.

Loftus-Cheek terlepas kejayaan final Piala Eropah pasukan Chelsea ke atas Arsenal selepas mengalami kecederaan di bahagian tumit ketika menyertai perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat.

“Saya sangat gembira dan berbesar hati apabila dapat kekal di sini untuk tempoh lima tahun lagi,” kata Loftus-Cheek menerusi laman web Chelsea.

“Ini adalah tempat di mana saya membesar bermain dan saya berharap dapat beraksi di sini dengan lebih lama.”

Loftus-Cheek menyertai Chelsea ketika kanak-kanak dan berjaya menyertai skuad utama remaja dan melakukan 72 penampilan. Dia dipinjamkan ke Crystal Palace dan memberi pengalaman cukup berharga sehingga dipanggil menyertai skuad England menentang Jerman pada November 2017.

Disiarkan pada: July 7, 2019 @ 12:15am
d