arena

Neymar ponteng latihan... biasa la

Oleh AFP

NEYMAR gagal tampil bagi latihan pramusim bersama Paris Saint-Germain semalam dan kelab itu mengumumkan mereka akan mengambil “tindakan sewajarnya.”

Dalam satu kenyataan ringkas dan padat, juara Perancis itu menyatakan: “Pada Isnin, 8 Julai, Neymar da Silva Santos Junior sepatutnya kembali untuk menghadiri aktiviti pramusim bersama skuad senior Paris Saint-Germain.

“Paris Saint-Germain menyedari Neymar Jr tidak hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan. Ia tanpa kebenaran awal kelab. Kelab kesal dengan situasi ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya.”

Di Rio, media Brazil memetik bapa Neymar sebagai berkata, PSG “mengetahui lebih awal” penyerang itu tidak boleh hadir.

“Alasan (dia ponteng) diketahui dan dirancang selama setahun sebagai sebahagian daripada aktivitinya buat Institut Neymar (yayasan kebajikan),” kata Neymar Senior.

Beliau menjelaskan: “Kami tidak boleh menangguhkannya dan dia akan kembali (ke PSG) pada 15 Julai ini.”

Neymar meninggalkan Barcelona untuk menyertai PSG dengan bayaran rekod dunia 222 juta euro (RM1.03 bilion) pada Ogos 2017, namun mungkin kembali semula ke Nou Camp pada musim panas kali ini.

Disiarkan pada: July 9, 2019 @ 10:03am
d