arena

Villa ikat Mings secara tetap

Oleh Reuters

ASTON Villa mengikat Tyrone Mings dari Bournemouth secara perpindahan tetap selepas cemerlang beraksi secara pinjaman musim lalu, umum kelab pendatang baharu Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Butiran kewangan mengenai perjanjian itu tidak didedahkan namun media Britain melaporkan Villa mengeluarkan bayaran awal £20 juta (RM103 juta) terhadap pertahanan berusia 26 tahun itu, yang menghabiskan babak kedua musim lalu di Villa Park.

Mings tampil dalam 18 perlawanan ketika Villa berjaya naik ke Liga Perdana, mengalahkan Derby County pada final playoff.

“Kami amat gembira melihat Tyrone kembali ke Aston Villa secara tetap,” kata pengurus Dean Smith dalam satu kenyataan.

“Dia akan menjadi tonggak utama skuad bagi musim baharu dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya selain membantu meningkatkan lagi permainannya.”

Villa, yang kembali ke liga utama selepas tiga musim, memulakan kempen Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur pada 10 Ogos depan.

Disiarkan pada: July 9, 2019 @ 10:47am
d