arena

'10.70 saat kira ok lah'

Oleh Azlan Muhammad Zain

MAJLIS Sukan Negara (MSN) masih menerima catatan masa Khairul Hafiz Jantan yang tampil kali pertama selepas berehat tujuh bulan.

Pemenang pingat emas 100 meter Sukan SEA 2017 berkenaan mencatat 10.70 saat di Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali untuk kedudukan keempat semasa saringan dan gagal mara ke separuh akhir.

"Ini kejohanan pertamanya selepas pulih dan kita tidak menjangkakan prestasi yang begitu baik dipamerkannya. Dia perlu diberikan peluang untuk kembali yakin dan meneruskan prestasi terbaik menjelang Sukan SEA nanti.

"Masih terdapat beberapa kejohanan bakal disertainya dan kita akan memantaunya," jelas Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin.

Tambah Jefri, jurulatihnya bersama yang lain akan diminta mengemukakan perancangan kepada MSN pada mesyuarat bersama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Khamis depan.

"Semua sedia maklum dengan catatan masa pelari Indonesia, Lalu Mohamad Zohri yang muncul atlet terbaik 100m di rantau Asia Tenggara. Jadi pelari negara perlu berusaha lebih keras," tambahnya.

Disiarkan pada: July 9, 2019 @ 10:22pm
d