arena

Senegal mara ke separuh akhir

Oleh AFP

SENEGAL melangkah ke separuh akhir Piala Negara Afrika buat pertama kali sejak 2006 apabila jaringan Idrissa Gueye memastikan kemenangan 1-0 ke atas Benin di Kaherah, awal pagi tadi.

Pemain tengah Everton Gueye menjaringkan gol pada minit ke-70, menyepak bola dari jarak dekat selepas menerima umpanan bintang Liverpool, Sadio Mane.

Ini adalah perlawanan pertama Piala Negara Afrika yang menggunakan sistem VAR (pengadil bantuan video) dan tiada insiden kontroversi.

Benin beraksi 10 pemain dihujung perlawanan selepas Olivier Verdon dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran.

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 6:37am
d