arena

Troost Ekong bawa Super Eagles ke separuh akhir

Oleh Reuters

NIGERIA berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Negara Afrika apabila William Troost Ekong menjaringkan gol minit akhir perlawanan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas pencabar, Afrika Selatan pada perlawanan penuh drama awal pagi tadi.

Troost Ekong menyepak masuk gol dari sudut penjuru padang tatkala Nigeria dilihat berada dalam bahaya apabila dilihat mempersia-siakan peluang mencatat kemenangan dalam aksi perlawanan yang dikuasai sepenuhnya pasukan itu.

Samuel Chukwueze, kembali bersama pasukan selepas terlepas aksi perlawanan terdahulu meletakkan Super Eagles di depan selepas melakukan jaringan dalam cubaan kedua pada minit ke-27.

Nigeria menguasai permainan, mempersiakan peluang dan terpaksa menerima akibat selepas Bongani Zungu menyamakan kedudukan minit ke-71 menerusi tandukan dan ia adalah cubaan tepat pertama dari Afrika Selatan itu.

Gol itu pada mulanya dilihat ofsaid namun dibenarkan selepas pemeriksaan menerusi VAR - langkah pertama menggunakan kaedah utama dengan manfaat teknologi sejak ia diperkenalkan pada suku akhir.

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 7:06am
d