arena

Pertembungan ke-40 Nadal-Federer

Oleh AFP

RAFAEL Nadal tidak sabar menempuhi fasa terbaru cukup ‘unik’ pertembungan dengan seterunya, Roger Federer di Wimbledon namun kesal apabila kedua-dua jaguh tenis tidak bertembung pada Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Nadal dan Federer akan bertembung buat kali ke-40 pada Jumaat dalam saingan separuh akhir di Wimbledon, yang menyaksikan persaingan keempat buat kedua-dua pemain di peringkat All England Club.

Federer menang pada final 2006 dan 2007 sebelum Nadal memenanginya pada kejuaraan 2008 dalam aksi lima set epik.

Di Roland Garros, pemain berkenaan sudah bertembung enam kali selain persaingan empat kali di Terbuka Australia.

Namun apabila ia membabitkan musim final Grand Slam di New York, kedua-dua pemain tidak pernah berpeluang bertembung di depan 24,000 kapasiti Stadium Arthur Ashe, yang juga gelanggang terbesar sukan itu.

Disebaliknya Federer mengungguli lima kejuaraan di Terbuka AS manakala Nadal memenangi tiga.

Pemain Sepanyol berusia 32 tahun berkata, ia sama seperti dia gembira bertemu seteru di Wimbledon, ruang di New York adalah pertembungan rekod satu lawan satu yang sukar dikesalkan.

“Kami beraksi dalam banyak perlawanan yang bagus. Di dalam kejohanan ini kami bermain dua final hebat, 2007 dan 2008. Ia perlawanan penuh emosi.

“Secara peribadi, 2008 lebih memberi kesan emosi mendalam buat saya. Namun saya menghargai fakta apabila menjadi sebahagian daripada memori 2007 juga.

“Kemudian kami bermain banyak perlawanan di seluruh dunia. Hanya di New York kami tidak bertembung. Hanya itu sahaja berita buruk.”

Juara dua kali Wimbledon Nadal yang dikenali dengan penguasaan di gelanggang rumput apabila gagal melangkah ke pusingan keempat dalam kejohanan sekitar 2012 dan 2017.

Bagaimanapun dia kembali menyusun rentak permainan untuk hampir selangkah ke final 2018 sebelum tewas kepada Novak Djokovic dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama lima jam 16 minit.

“Untuk beraksi bertemu Roger sememangnya situasi yang ‘unik’. Memang teruja untuk berdepa dia pada gelanggang ini lagi selepas 11 tahun berlalu,” tambah Nadal.

“Saya selalu memperkatakan perkara yang sama - peluang untuk mengatasi antara satu sama lain agak sukar, namun kami masih di sini. Selepas esok kami mempunyai peluang masing-masing.”

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 8:30am
d