arena

Aksi Melaka United-PKNS FC ditunda angkara influenza

Oleh Syazwan Msar

VIRUS influenza mengganas lagi dan kali ini giliran pasukan PKNS FC menjadi mangsa hingga terpaksa menunda perlawanan menentang Melaka United yang sepatutnya berlangsung di Stadium Hang Jebat esok.

Sebelum ini, kem bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘dijangkiti virus terbabit hingga menyebabkan sekurangnya 17 pemain menerima rawatan susulan.

Menerusi kenyataan media di laman sosial Facebook PKNS FC, sekurang-kurangnya lapan pemain utama PKNS FC disahkan dijangkiti Influenza B dan kini menerima rawatan susulan daripada pegawai perubatan.

Katanya, antara pemain berkenaan adalah Kpah Sean Sherman, Rodney Akwensivie, Tamirlan Kozubaev dan Farhan Abu Bakar.

“PKNS FC sudah membuat permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menangguh perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat (esok) ke tarikh lain.

“MFL sudah meluluskan permohonan terbabit dan kami juga berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) yang turut bersetuju berbuat demikian,” katanya, di sini.

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 9:27pm
d