arena

Venus-Klaasen gagal ke final

Oleh AFP

PEMAIN New Zealand, Michael Venus dan gandingannya dari Afrika Selatan, Raven Klaasen tersingkir dari saingan beregu lelaki Wimbledon, London, awal pagi ini.

Dalam aksi separuh akhir hampir tiga jam itu, Venus dan Klaasen tewas kepada gandingan Colombia, Juan Sebastian Cabal dan Robert Farah, 6-4, 6-7 (4/7), 7-6 (7/2), 6-4.

Gandingan Venus dan Klaasen muncul naib juara di Wimbledon sekitar 12 bulan lalu.

Klaasen terpaksa menjalani rawatan selepas terpukul di bahagian kepala dalam usaha membalas servis pukulan Farah.

Dalam keadaan berdarah, kejadian itu menyebabkan Farah menuju ke gelanggang lawan seterusnya menghampiri pemain Afrika Selatan itu untuk menenangkan keadaan dan memohon maaf.

“Saya memberitahu kepadanya supaya lebih bersedia,” gurau Venus yang juga juara Terbuka Perancis pada 2017 bergandingan dengan bekas rakan beregunya, Ryan Harrison.

“Dia mendapatkan rawatan selanjutnya dan berkata tidak mengapa. Saya seperti membiarkan servis pukulan itu dan ia melantun semula. Dia menyalahkan saya apabila tidak membuat pukulan pada sudut yang sepatutnya.”

Cabal dan Farah akan berdepan Nicolas Mahut dan Edouard Roger-Vasselin pada final.

Beregu Perancis Mahut dan Roger-Vasselin mengalahkan Ivan Dodig dan Filip Polasek 6-2, 7-6 (9/7), 7-6 (7/2) pada separuh akhir.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 9:12am
d