arena

Reds mula kempen pra-musim bergaya

Oleh Agensi

LIVERPOOL memulakan persiapan pra-musim dengan menewaskan Tranmere Rovers, 6-0 dalam pertembungan tertangga Merseyside.

Penjaring gol final Liga Juara-Juara, Divock Origi antara penjaring gol berkenaan tatkala aksi pemain muda skuad kebangsaan England, Rhian Brewster turut mencuri tumpuan.

James Milner mempamerkan persembahan mantap pada separuh masa pertama bergandingan bersama Alex Oxlade-Chamberlain dan Adam Lallana di bahagian tengah.

Brewster membantu mencipta jaringan seawal minit keenam, untuk memastikan Nathaniel Clyne menjaringkan gol dalam penampilan pertama bersama Reds selepas menghabiskan masa pertengahan musim lalu dengan dipinjamkan di Bournemouth.

Harry Wilson menyermpurnakan hantaran Milner untuk memberi Brewster mencetak nama sebagai penjaring dan menggandakan jaringan separuh masa kedua untuk menewaskan penjaga gol Tranmere, Scott Davies.

Umpanan Ben Woodburn pada minit ke-53 membolehkan Origi mudah mengatasi Davies.

Rembatan jarak dekat Bobby Duncan mengesahkan kemenangan selesa Reds di Prenton Park.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 11:22am
d