arena

Luar biasa jika Neymar sertai Barca

Oleh Agensi

BEKAS bintang Barcelona, Xavi berkata, kepulangan semula Neymar bersama Barca pasti ‘luar biasa’ begitupun untuk mendapatkan tanda tangan semula penyerang Paris Saint-Germain (PSG) mungkin ‘sangat sukar’.

Juara La Liga, Barca dikaitkan dengan perpindahan Neymar, pemain yang meninggalkan Camp Nou untuk bersama gergasi Perancis, PSG dengan mencatat rekod dunia pada 2017.

Pengarah Sukan PSG Leonardo mengesahkan Neymar - gagal muncul ketika hari pertama latihan pra-musim - boleh dijual pada harga yang sepatutnya.

Xavi beraksi disamping Neymar sebelum menyertai kelab Qatar, Al Sadd pada 2015 dan pemain berusia 39 tahun itu berkata: “Dia (Neymar) pastinya penjanjian yang luar biasa. Tetapi saya melihat ia agak sukar, sejujurnya. Saya fikir ia amat sukar.

“Kita sudah melihat banyak perkara berlaku dan saya tidak pernah tengok bagaimana PSG sanggup mendapatkannya dengan bayaran tinggi. Jadi kita perlu tunggu.

“Tidak diragui dia adalah antara pemain terbaik di dunia dan kita lihat bagaimana Barcelona boleh melakukannya.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 11:37am
d