arena

Chun, Alena teraju Marathon Classic

Oleh AFP

BINTANG muda Korea Selatan, Chun Youngin dan pemain Kanada, Alena Sharp masing-masing mencatat tujuh dibawah par 64 untuk berkongsi pendahulu pusingan awal LPGA Marathon Classic.

Chun, 19 tahun melakukan bogey bebas untuk meletakkan diri selesa dalam senarai pendahulu di lapangan Highland Meadows di Sylvania, Ohio.

“Saya tidak percaya saya berjaya membuat 64 pukulan,” kata Chun. “Apa yang agak lucu. Saya menyudahkan di par 18 dan kemudian saya lihat senarai pendahulu dan ada 7 dibawah par dan saya tertanya-tanya, ‘siapakah dia?’ saya tanya kepada bapa. ‘Saya fikir saya melakukan enam pukulan, kan?’ katanya. ‘Tidak, kamu 7.’ Jadi ia adalah saya.

“Ada tiga lagi pusingan, tetapi saya tetap gembira apabila nama berada di atas sana.”

Turut berkongsi kedudukan kedua dengan 65 membabitkan pemain Jerman, Caroline Masson, wakil Sweden Jenny Haglund, Stacy Lewis (Amerika) dan Azahara Munoz (Sepanyol).

Pencapaian terbaik LPGA Chun adalah pada penampilan pertama 2017 apabila dia berkongsi tempat ke-43 di Terbuka Wanita New Zealand.

“Tahun pertama di LPGA, tahun yang agak sukar, namun pukulan saya semkain baik,” kata Chun.

“Apabila saya melakukan kesilapan, bola akan ke kiri namun minggu ini saya cuba memukul dari sudut kanan pin.”

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 12:59pm
d