arena

Djokovic cemas sebelum mara ke final

Oleh Reuters

PILIHAN utama dan juara bertahan, Novak Djokovic dipaksa bekerja keras oleh pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut sebelum menang dalam aksi empat set untuk mara ke final Wimbledon menentang pemenang di antara Roger Federer atau Rafa Nadal.

Kemenangan 6-2, 4-6, 6-3, 6-2 itu adalah kejayaan ke-12 bintang Serbia itu dalam 13 aksi separuh akhir Grand Slam terakhir dan dia kini memburu gelaran kelima di Wimbledon dan trofi perseorangan Grand Slam ke-16.

Djokovic menang selesa di set pertama namun Bautista Agut yang juga pilihan ke-23 bangkit di set kedua hasil servis kencang dan beberapa kesilapan Djokovic.

Perlawanan semakin menarik di set ketiga yang menyaksikan 45 pukulan rali pada ‘game’ keenam yang dimenangi Djokovic dan set keempat menyaksikan penguasaan penuh pilihan utama sebelum menang dalam masa dua jam 49 minit.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 11:27pm
d