arena

Pogba kapten baharu Red Devils?

OLE Gunnar Solskjaer mengesahkan Paul Pogba dipertimbangkan untuk dilantik menjadi kapten Manchester United walaupun pemain tengah itu berkata dia mahu meninggalkan Old Trafford.

Solskjaer kini mencari kapten baharu selepas pemergian Antonio Valencia pada penghujung musim lalu. Ashley Young dan Juan Mata memakai lilitan kapten ketika United menewaskan Perth Glory 2-0 semalam tetapi pengurus United itu menegaskan Pogba berada dalam perhatiannya apabila keputusan akhir dilakukan menjelang musim baharu.

"Kami mempunyai beberapa kemungkinan dan apabila musim baharu bermula, kami akan mengumumkannya,” kata Solskjaer dalam sidang akhbar di Stadium Optus.

"Kami akan mempunyai penilaian yang baik dan tunggu perkembangan jelajah pramusim. Tetapi apa yang anda lihat, Ashley memakainya ketika beraksi sehinggalah kami memutuskan orang lain.”

Ketika meninggalkan stadium, Pogbra enggan melayaan pertanyaan mengenai situasi itu dengan berkata “Siapa perlu bercakap? Tak perlu bercakap apa-apa.”

Romelu Lukaku salah seorang pemain yang berminat meninggalkan Old Trafford tidak beraksi semalam akibat kecederaan.

Pemain Belgium itu yang berkata “anda akan mengetahui sesuatu minggu depan” ketika dia berjalan melewati wartawan menjadi buruan Inter Milan dan Solskjaer pula enggan mengesahkan sama ada penyerang itu akan terus bersama kelab itu musim depan.

Disiarkan pada: July 14, 2019 @ 12:17pm
d