arena

De Ligt bersiap sedia ke Juventus

MATTHIJS de Ligt hampir pasti milik Juventus selepas Ajax mengumumkan bintang Belanda itu sudah tidak menyertai latihan pramusim di Austria bagi membolehkannya membuat persiapan menuju ke Turin, Itali.

Ajax menerusi kenyataan semalam menyebut pemain berusia 28 itu tidak tersenarai dalam latihan pramusim di Bramberg, Austria sebagai persiapan perpindahannya.’

Minggu lalu, ejen pemain itu, Mino Raiola memberitahu akhbar De Telegraaf Belanda, perjanjian antara Juve dan pemain itu dicapai dengan kontrak lima tahun membabitkan yuran perpindahan 12 juta euro (RM57 juta).

Bagaimanapun, perjanjian itu menemui jalan buntu kerana Ajax dilaporkan meminta 75 juta euro (RM337.5 juta) namun akhbar Gazzetta dell Sport Itali pula melaporkan mereka akhirnya setuju dengan 70 juta euro (RM315 juta).

Pembelian itu adalah keenam buat Juventus , yang sebelum ini membawa masuk Maurizio Sarri sebagai jurulatih menggantikan Massimiliano Allegri. – AFP

Disiarkan pada: July 14, 2019 @ 12:26pm
d