arena

Peraturan musim baru EPL

Oleh Agensi

LIGA Perdana Inggeris (EPL) memperkenalkan peraturan baru menyaksikan rekod pertemuan diambil kira untuk kali pertama dalam saingan musim 2019/2020.

Perubahan digunakan membabitkan rekod pertemuan dua pasukan bagi menentukan kedudukan pasukan yang terikat disebabkan mata yang sama, perbezaan gol yang sama dan jaringan yang sama.

Pada saingan sebelum ini, pasukan terikat dalam situasi seperti itu akan ditentukan menerusi play-off tetapi peraturan baru itu bermakna tiada perlawanan tambahan diperlukan.

Ia digunakan untuk pertama kali sekiranya dua pasukan menamatkan saingan mengumpul mata sama, perbezaan gol dan gol dijaringkan tetapi akan dipisahkan oleh pasukan mengutip lebih banyak mata menerusi rekod pertemuan mereka sebelum itu.

Pasukan yang mengesahkan mata tertinggi dalam rekod pertemuan akan menduduki tempat teratas saingan manakala pasukan paling sedikit mengumpul mata akan menduduki tempat terbawah.

Jika kelab terbabit masih tidak dapat dipisahkan, pasukan yang akan menjaringkan gol paling banyak di tempat lawan dalam rekod pertemuan mereka akan mendapat posisi tertinggi.

Andai kelab terbabit masih kekal dalam kedudukan liga, perlawanan play-off akan diadakan di gelanggang berkecuali mengikut format, kesesuaian masa dan venue yang akan ditentukan oleh Lembaga Liga Perdana.

Disiarkan pada: July 16, 2019 @ 3:41pm
d