arena

Cameroon pecat Seedorf, Kluivert

Oleh Reuters

CAMEROON memecat jurulatih daripada Belanda, Clarence Seedorf susulan prestasi mengecewakan pada Piala Negara Afrika dengan pemecatan dilakukan selepas digesa Menteri Sukan negara itu.

Pembantu Seedorf iaitu bekas penyerang Belanda, Patrick Kluivert turut menerima nasib sama selepas juara bertahan itu tersingkir di peringkat 16 terakhir apabila tewas 3-2 kepada Nigeria, awal bulan ini.

Skuad ‘Indomitable Lions’ itu hanya menang satu daripada empat perlawanan mereka di Mesir sekali gus menyebabkan Menteri Sukan, Narcisse Mouelle Kombi mengarahkan kedua-duanya ditamatkan kontrak.

Beberapa jam selepas itu Persekutuan Bolasepak Cameroon mengumumkan penamatan kontrak empat tahun Seedorf yang ditandatangani pada Ogos 2018.

Bekas pemain tengah AC Milan dan Belanda itu mengendalikan 12 perlawanan tetapi hanya menang empat ke atas Malawi, Kepulauan Comoro, Zambia dan Guinea-Bissau.

Tugas itu adalah yang pertama di peringkat antarabangsa selepas mengendalikan AC Milan dan Deportivo La Coruna di Spain.

Disiarkan pada: July 17, 2019 @ 7:44am
d