arena

Undian Piala Dunia mini Piala AFF

Oleh Firdaus Hashim

TUAH undian nyata memihak skuad Harimau Malaya apabila berdepan tiga pasukan dari Asia Tenggara pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bermula September ini.

Pada majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur hari ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe disenarai dalam Kumpulan G bersama juara Piala AFF tahun lalu Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Manakala, satu pasukan dari Arab iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang layak ke separuh akhir Piala Asia 2019, melengkapkan saingan kumpulan itu.

Berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk berdepan Indonesia pada aksi sulung 5 September ini.

Disiarkan pada: July 17, 2019 @ 5:59pm
d