arena

Woods dimamah usia?

Oleh AFP

TIGER Woods akui usia dan masalah belakang menyukarkannya untuk bertanding lebih banyak kejohanan utama selepas hanya mencatat tujuh di atas par pada pusingan pertama Terbuka British semalam.

Woods menggegarkan sukan dunia apabila menjuarai kejuaraan utama ke-15nya di Masters pada April lalu yang juga kemenangan pertamanya dalam masa 11 tahun susulan beberapa siri kecederaan dan skandal.

Selepas pembedahan saraf belakang, dia kembali ke saingan elit pada Disember 2017 tetapi pemain berusia 43 tahun itu tampak tidak selesa dalam cuaca sejuk dan berangin di Portrush.

"Pergerakan saya tidak seperti saya mahukan terutamanya dalam situasi seperti ini. Pukulan saya kurang tepat. Semuanya kiri ke kanan,” kata Woods.

Woods tidak beraksi selepas menyertai Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu dan pada awal bulan ini dia mahu menghadkan penyertaannya dalam kalendar pertandingan dan fokus beberapa kejohanan utama.

"Ya saya perlu terima hakikat. Mungkin faktor usia, keluarga dan beberapa pembedahan sebelum ini. Salah satu sebab saya kurang beraksi tahun ini kerana saya mahu memanjangkan usia karier saya dan bertahan lebih lama dalam permainan ini.”

Woods ketinggalan 12 pukulan di belakang pendahulu, J.B. Holmes yang melakukan birdie di lubang ke-18 dengan catatan lima di bawah par 66.

Disiarkan pada: July 19, 2019 @ 7:08am
d