arena

Liverpool mahu terus cipta sejarah

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson berkata, juara Eropah itu mahu terus mencipta sejarah dengan menjuarai lebih banyak kejohanan utama.

The Reds kini berada di Amerika Syarikat bagi menghadapi jelajah pramusim dan akan menentang Borussia Dortmund, esok.

Menurut Henderson, menjuarai Piala Eropah buat kali keenam dalam sejarah kelab menjadikan mereka lebih bernafsu memburu lebih banyak kejayaan.

"Ia memberikan kami nikmat kejayaan dan kami mahu lebih daripada itu,” katanya.

"Kami menunjukkan bahawa kami mampu menjulang trofi utama dan mahu terus mencipta sejarah buat pasukan dan kelab ini dan kami yakin mampu melakukannya.”

Tonggak Liverpool di bahagian serangan, Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino tidak menyertai aksi di Amerika Syarikat selepas mengharungi misi antarabangsa dengan Mane akan beraksi bersama Senegal pada final Piala Negara Afrika menentang Algeria awal pagi esok.

Pemain tengah England, Alex Oxlade-Chamberlain dan Adam Lallana akan beraksi menentang Dortmund selepas kedua-duanya berehat panjang akibat kecederaaan musim lalu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula menganggap aksi menentang Dortmund di Stadium Notre Dame, Indiana sebagai ujian sebenar pramusim sambil berkata dia tidak risau berusaha menyamai kutipan mata sama dengan musim lalu.

Liverpool hanya tewas sekali dalam meraih 97 mata sebelum dipintas Manchester City.

Disiarkan pada: July 19, 2019 @ 7:37am
d