arena

Hari paling menakjubkan: Lowry

Oleh AFP

PEMAIN Ireland Shane Lowry berkata ia ‘hari paling menakjubkan’ selepas mencatat lapan di bawah par 63 awal pagi tadi untuk mendahului empat pukulan berbanding Tommy Fleetwood menjelang pusingan terakhir edisi ke-148 Terbuka British di Royal Portrush.

Pemain berusia 32 tahun itu mengagumkan ribuan penyokong yang mengekorinya sepanjang lapangan dalam kejohanan Terbuka British pertama dianjurkan di Ireland Utara sejak 1951, mencatat lapan birdie dalam pusingan ketiga tanpa sebarang bogey, pencapaian terbaik dalam kejuaraan itu.

Catatan keseluruhan 16 di bawah par 197 adalah yang terendah selepas 54 lubang dalam sejarah Terbuka British.

“Secara jujurnya ini adalah hari yang menakjubkan pernah saya capai di lapangan golf. Secara jujurnya saya tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya,” katanya.

“Saya tahu hari esok pasti sukar. Saya sedar cuaca buruk bakal melanda.”

Dia akan bergandingan dengan Fleetwood pada pusingan akhir esok, selepas penganjur cuba mengawalkan permainan dalam usaha mengelak ramalan cuaca buruk, selepas pemain England itu mencatat 66 pukulan.

JB Holmes ketinggalan enam pukulan berbanding pendahulu dengan 10 di bawah par, dengan pemain nombor satu dunia Brooks Koepka dan Justin Rose ketinggalan satu pukulan.

Disiarkan pada: July 21, 2019 @ 9:33am
d