arena

Nketiah sudah sedia

Oleh Agensi

EDDIE Nketiah mengakui bersedia beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal selepas mencuri perhatian ketika jelajah pra-musim kelab itu di Amerika Syarikat.

Nketiah, salah seorang daripada produk akademi Arsenal paling berjaya, menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan menentang Bayern Munich dan Fiorentina minggu lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu mempunyai pilihan untuk dipinjamkan musim panas ini namun kini dicabar ketua jurulatih Unai Emery untuk kekal di London utara untuk menjadi peledak pilihan bersama skuad utama.

Masa depan jangka pendek Nketiah adalah isu yang perlu ditangan secara berhati-hati oleh Arsenal.

Mereka tidak mahu mengganggu perkembangannya dengan memberikannya aksi kesebelasan utama yang terhad, namun keberatan untuk melepaskannya sebagai pemain pinjaman kerana kurangnya pemain gantian untuk membantu penyerang utama seperti Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Nketiah dijangka menyertai Augsburg secara pinjaman pada January tetapi dihalang daripada meninggalkan London utara berikutan kecederaan Danny Wlebeck.

Emery berkata Arsenal tidak mengambil sebarang usaha untuk menggantikan Welbeck yang meninggalkan kelab musim panas ini, kerana mereka mahu lebih peluang kepad Nketiah berada dalam skuad senior.

“Saya rasa permainan saya meningkat hingga ke tahap di mana saya bersedia bermain secara kerap,” kata Nketiah.

“Saya cuba membuktikan pada pra-musim yang saya semakin berkembang dan sedia membuktikan apa yang saya ada. Saya sedia bermain lebih kerap.”

Masa depan Nketiah bakal ditentukan selepas jelajah pra-musim di AS yang akan bersambung dengan perlawanan menentang Real Madrid minggu ini.

Disiarkan pada: July 22, 2019 @ 12:39pm
d