arena

Real, Barcelona atasi nilai United

Oleh Agensi

MANCHESTER United tercicir daripada tangga kedua ke tangga keenam dalam senarai Forbes sebagai pasukan paling bernilai di dunia.

Red Devils diatasi oleh Real Madrid dan Barcelona selepas melalui musim mengecewakan sejak 12 bulan lalu yang turut menyaksikan mereka juga gagal ke kelayakan Liga Juara-Juara (UCL).

Los Blancos meraih lebih £80 juta (RM410j) selepas memenangi gelaran UCL musim panas lalu sebelum status juara dirampas Liverpool.

Bagaimanapun, skuad bolasepak Amerika Syarikat NFL, Dallas Cowboys mengekalkan kedudukan tangga teratas dengan nilai lebih £4.02 bilion (RM21 bilion).

Ia adalah pencapaian tahun keempat berturut-turut carta teratas dikuasai oleh francais bolasepak Amerika Syarikat.

Lima lagi kelab bolasepak berada dalam senarai 50 Teratas Forbes itu termasuklah skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Bundesliga.

Gergasi Jerman, Bayern Munich dengan nilai £2.43b (RM12.4b) berada di tangga ke-17.

Juara EPL, City (£2.16b/11b) berada di tangga ke-25 di depan Chelsea (32), Arsenal (42) dan Liverpool (45).

The Blues bernilai £2.07b/RM10.6b, The Gunners (£1.82b/RM9.3b) dan skuad Reds kendalian Jurgen Klopp bernilai (£1.75b/9b).

Pasukan besbol Amerika Syarikat, New York Yankees muncul pasukan paling meningkat dalam senarai itu.

Mereka berada di tangga kelima tahun lalu tetapi mereka kini mengatasi United, Madrid dan Barcelona untuk berada di tangga kedua.

Bagaimanapun, NFL kekal dominan apabila ia mengenai liga sukan.

Disiarkan pada: July 23, 2019 @ 6:52pm
d