arena

Messi digantung satu perlawanan

Oleh Reuters

KAPTEN Argentina, Lionel Messi digantung satu perlawanan dan denda AS$1,500 (RM6,100) selepas dibuang padang menentang Chile pada perlawanan penentuan tempat ketiga Copa America dan melabel pemimpin bola sepak Amerika Selatan sebagai “korupsi.”

Messi dilayangkan kad merah selepas bertembung dengan Gary Medel dan kemudian menuduh kejohanan itu sudah diatur untuk menyebelahi tuan rumah Brazil, yang mengalahkan Argentina pada separuh akhir kontroversi dalam laluan mereka merangkul kejuaraan.

Messi menuduh Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) sebagai “korupsi” dan tidak menghadiri majlis untuk mengambil pingatnya.

CONMEBOL menyatakan hari ini, komen Messi “tidak boleh diterima” namun tidak bercadang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemain terbaik dunia lima kali itu.

Penggantungan itu bagi perlawanan pertama Argentina pada kelayakan Piala Dunia 2022.

Dalam satu lagi perkembangan berkaitan Argentina, CONMEBOL menyingkirkan presiden Persatuan Bolasepak Argentina, Claudio Tapia sebagai wakil rasmi mereka di FIFA.

Tapia turut mengkritik pedas CONMEBOL ketika dan selepas Copa America.

Disiarkan pada: July 24, 2019 @ 10:20am
d