arena

Red Devils gah benam Spurs

Oleh Agensi

JARINGAN penyerang remaja, Angel Gomes sepuluh minit sebelum tamat perlawanan membolehkan Manchester United menewaskan pencabar Liga Perdana, Tottenham 2-1 dalam aksi tegang Piala Juara Antarabangsa di Shanghai, sebentar tadi.

Jaringan itu melengkapkan empat kemenangan dalam empat perlawanan aksi pramusim United di Australia dan Asia dengan sembilan jaringan dihasilkan atau dibantu pemain yang datangnya daripada akademi mereka.

Di sebalik kemenangan itu, United berdepan detik cemas apabila pertahanan tengah, Eric Bailly terpaksa diusung keluar akibat kecederaan serius buku lali .

Anthony Martial meletakkan United di hadapan pada babak pertama menerusi rembatan di celah kaki penjaga gol, Paulo Gazzaniga.

Tetapi Spurs bangkit selepas rehat dan menyamakan kedudukan menerusi percubaan Lucas Moura.

Ketika perlawanan tampak bakal menuju penentuan penalti, Gomes yang berusia 18 tahun melepasi kawalan dua pertahanan dalam kotak penalti meledak jaringan kemenangan United.

Disiarkan pada: July 25, 2019 @ 10:35pm
d