arena

Australia catat rekod baharu dunia 4x200m gaya bebas

Oleh Reuters

AUSTRALIA mencatat rekod baharu dunia dengan catatan 7:41.50 untuk meraih pingat emas acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti di kejohanan dunia, hari ini.

Kuartet Ariarne Titmus, Madison Wilson, Brianna Throssell dan Emma McKeon mencantas 0.58 saat berbanding rekod sebelum ini dipegang China yang dilakukan di Rome pada 2009.

Amerika Syarikat (AS) meraih perak dengan catatan 7:41.87 manakala perak miliki Canada (7:44.35).

"Ketika menyentuh tembok dan melihat tiga yang lain meraikannya membuatkan saya sangat gembira,” kata Emma yang menjadi perenang utama. “Saya tak fikirkan rekod dunia, itu faktornya.”

Ariarne yang menewaskan jaguh AS, Katie Ledecky untuk meraih emas acara 400 gaya bebas Ahad lalu berkata, dia tahu dia perlu turut memainkan peranan jika mahu mencatat masa terbaik.

"Saya perlu melakukan tugas demi rakan-rakan lain jika kami mahu mengatasi rekod dunia dan saya perlu memainkan peranan saya,” katanya.

Catatan kuartet AS turut mengatasi rekod sebelum ini dan ketika Ledecky kecewa gagal meraih emas, dia turut berpuas hati dengan catatan masa mereka.

“Mengatasi rekod dunia juga satu pencapaian. Kami tahu catatan itu salah satu yang terpantas, jadi kami tetap bangga,” katanya.

Disiarkan pada: July 25, 2019 @ 11:21pm
d