arena

Beregu Olimpik kandas lagi

Oleh Ferzalfie Fauzi

BEREGU campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tumpas di separuh akhir Terbuka Jepun di tangan pilihan kedua dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping hari ini.

Peng Soon-Liu Ying yang juga pilihan kelima tumpas straight set 10-21, 6-21 di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.

Kekalahan berkenaan menyaksikan cabaran Malaysia di Terbuka Jepun berakhir dan buat kali kedua berturut-turut Peng Soon-Liu Ying tumpas kepada lawan yang sama di pusingan sama selepas minggu lalu di Terbuka Indonesia.

Ini juga kali keempat berturut-turut pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 tumpas di tangan pasangan ranking kedua dunia itu.

Disiarkan pada: July 27, 2019 @ 2:15pm
d