arena

Bernal ungguli Jelajah Perancis

Oleh Reuters

EGAN Bernal muncul pelumba Colombia pertama juarai Jelajah Perancis selepas mengekalkan jersi kuning pendahulu keseluruhan semalam sekali gus menjanjikan penguasaan Team Ineos beberapa tahun akan datang.

Kejayaan Bernal pada usia 22 tahun menjadi pelumba termuda menjuarai Jelajah itu dalam masa 110 tahun membolehkan pasukan Britain yang sebelum ini dikenali Team Sky, gelaran ketujuh daripada lapan edisi British.

Dalam musim kedua bersama Ineos, Bernal menewaskan rakan sepasukan yang juara bertahan Geraint Thomas untuk keputusan satu-dua selepas Bradley Wiggins dan Chris Froome melakukannya pada 2012.

Berdasarkan teknik kayuhan, tenaga dan masa , Bernal diramal mampu mendominasi perlumbaan pada masa akan datang walapun bakal menerima saingan sengit di Ineos dengan Thomas dan juara empat kali, Froome yang terlepas Jelajah itu akibat kemalangan pada Jun lalu.

Disiarkan pada: July 29, 2019 @ 7:48am
d