arena

Murray sedia kembali acara perseorangan

Oleh AFP

JUARA tiga kali Grand Slam, Andy Murray berkata, dia yakin dapat beraksi dalam acara perseorangan tidak lama lagi dengan menyasarkan kejohanan di Cincinnati dua minggu lagi.

Bintang Britain berusia 32 tahun itu menjalani pembedahan pangkal paha pada Januari lalu sebelum beraksi semula pada Jun tetapi hanya dalam acara beregu bagi mengurangkan risiko kecederaan berulang.

"Dari segi pergerakan dan perasaan apabila bangun tidur keesokan harinya, saya rasa bagus,” kata Murray. "Saya makin hampir tetapi ada aspek perlu lebih baik.”

Murray yang bergandingan dengan adiknya, Jamie dalam acara beregu Terbuka ATP Washington berkata, dia tidak lagi merasa sakit dan akan berlatih acara perseorangan di samping beregu minggu hadapan di Kanada.

"Saya akan beraksi perseorangan apabila saya rasa sudah bersedia. Saya akan berlatih acara perseorangan di samping beraksi beregu. Saya akan teruskannya sehingga saya sedia.”

Murray, bekas pemain nombor satu dunia yang kini menduduki ranking 222 dunia menolak kemungkinan beraksi di Terbuka AS pada 26 Ogos tetapi tetap bersedia untuk itu.

Disiarkan pada: July 30, 2019 @ 12:07pm
d